Search This Blog

Saturday, September 4, 2010

Adab-adab Imam Solat Jemaah




1. Takbiratul Ihram hendaklah selepas iqamah dan sekalian makmum telah  meratakan saf, dan meniatkan imam pada niatnya.

2. Meringankan sembahyangnya, jangan melambatkan  rukun qauli dan fekli sekiranya menganggu khusyuk makmum.

3. Menyaringkan suara pada lafaz takbiratul ihram, takbir intiqalat, bacaaan fatihah, Amin, dan bacaan surah.

4. Perlahankan bacaan doa iftitah, bacaan Taawuz, dan bacaan ketika rukuk, iktidal dan sujud.

5. Diam selepas bacaan Amin sekadar mengambil nafas secukupnya untuk meneruskan bacaan surah-surah al-quran.

6. Jangan melebihi bacaan selawat dalam tahiyyat awal.

7. Meniatkan lafaz salam kepada sekalian makmum dengan kadar suara yang berpatutan dan lembut.

8. Selepas salam imam hendaklah beralih kedudukan dengan menghalakan bahu kanan ke arah kanan makmum dan diakhiri dengan doa.

9. Berdiri imam jarak kaki sekadar satu jengkal diantara dua tumit, dan buka hujung kaki sekadar seeloknya dengan sempurna sebelum takbir.

10. Lafaz takbir yang sesuai dengan segala bacaan dalam rukun qauli dan fekli ketika ia menjadi imam.

11. Membaca fatihah, surah dan takbir intiqalat hendaklah bersesuaian dgn lafaz takbiratul ihram, tidak terlalu lambat atau terlalu cepat.

12. Jangan membaca fatihah dan surah dgn lagu yg (kabih)keji, atau lagu yg boleh melalaikan  makmum dalam sembahyangnya.

13. Memelihara segala bacaan dengan cermat, mengeluarkan bunyi huruf dengan jelas, memelihara  segala hukum tajwid, memelihara wakaf mutlak, jaiz, dan wasal pada wakaf iftidak hendaklah pada ayat yang sesuai.

14. Mengetahui perbezaan rukun qauli dan fekli, semasa menjadi imam jangan ia sampai tidak reda makmumnya.

15. Batal sembahyang Imam selepas takbiratul ihram, sekiranya ia mengeluarkan apa-apa jua bunyi suara yang di sifatkan bukan bacaan sembahyang.

16. Haram imam memberhentikan sembahyangnya dengan sengaja selepas lafaz takbiratul ihram kecuali  terbatal wuduknya.

17. Seeloknya imam itu hendaklah (qari) maka ia didahulukan.

    Ini hanya sebahagian daripada syarat dan adab seorang imam solat jemaah dirujuk sebahagian daripada kitab fiq Al-Solat.


No comments:

Post a Comment