Search This Blog

Friday, March 11, 2011

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

Sekadar perkongsian
dari blog pendidikan & penyelidikan

Tingkatan : 1 Firdaus
Hari     : Rabu
Tarikh : 2 Mac 2011
Masa    : 08.00 – 08.20 pagi (20 minit)
Tajuk   : Solat Berjemaah
Mata Pelajaran: Pendidikan Islam
Konsep Utama   : Tuntutan Solat Jemaah
Kata Kunci: Imam, Makmum, Kelebihan Solat Berjemaah
Tujuan Am:  Pelajar Dapat Memahami Konsep Solat Berjemaah dan Dapat  Mengamalkannya Dalam Kehidupan  Harian Mereka
Objektif Pengajaran    : Di akhir pembelajaran ini murid dapat :
§  Menyebut  Pengertian Solat Berjemaah dan Dalilnya.
§  Menyenaraikan Syarat-Syarat Menjadi Imam dan Makmum
§  Menerangkan Kedudukan Imam dan Makmum.
Nilai Murni                  : Bekerjasama dan Istiqamah
                                    : Solat merupakan Tiang Agama
Kemahiran Berfikir     : Membuat Perbandingan, Membuat Urutan, Menyenaraikan
Kaedah Pengajaran     : Perbincangan, Soal Jawab dan Aktiviti
Bahan Bantu Mengajar : Video, BBM solat bejemaah, Kertas  A4  
Bahan Rujukan           : Buku Teks, Buku Rujukan
Pengetahuan Lepas     : Murid Sudah Biasa Menunaikan Solat Berjemaah di Sekolah



Isi pengajaran :
  1. Pengertian Solat Berjemaah

  • Solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.

  1. Dalil tuntutan  Solat Berjemaah

Dalil Solat berjemaah :

Maksudnya : daripada Abdullah bin Umar r.a rasulullah s.a.w bersabda : solat berjemaah lebih afdal daripada solat berseorangan dengan 27 darjat.

  1. Syarat – syarat menjadi imam dan makmum

Syarat-syarat imam :

  • Lelaki
  • Baligh
  • Baik bacaan
  • Tidak menjadi makmum kepada imam yang lain

Syarat –syarat makmum :

  • Niat
  • Mengetahui perbuatan imam
  • Mengikuti perbuatan imam
  • Kedudukan makmum dibelakang imam
  • Imam dan makmum berada di satu tempat

  1. Kedudukan Imam dan Makmum

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN




AKTIVITI


AKTIVITI GURU

AKTIVITI PELAJAR

CATATAN / BBM

Pendahuluan


Guru meminta pelajar membaca doa beramai-ramai

Pelajar  membaca doa


-

Set Induksi


Guru menayangkan video kepada pelajar



Guru menyoal pelajar:
apakah yang kamu semua lihat dan faham daripada video tersebut?


Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan bahan pembelajaran tersebut.

Pelajar melihat dan menghayati tayangan tersebut


Pelajar  menjawab soalan guru secara individu dan kelas



Pelajar  memahami tajuk yang akan dipelajari

Set induksi :

Mempersembah-
kan sesuatu yang baru dan menarik minat pelajar dengan tayangan video

Objektif :

Guru menyatakan tujuan persembahan dan mengapa mereka perlu mengikutinya.

Video

Perkembangan


Langkah 1

Guru meminta
beberapa orang pelajar memberi maksud solat berjemaah

Guru menerangkan secara terperinci pengertian solat berjemaah

Guru menyoal pelajar secara rawak tentang hukum solat

Guru mengulas jawapan pelajar dan meminta pelajar membaca hadis yang dipaparkan

Beberapa orang pelajar menyebut maksud solat berjemaah


Pelajar  mendengar dengan teliti


Wakil daripada pelajar  menjawab pertanyaan guru

Pelajar membaca dalil yang dipaparkan







Slide

Langkah 2


Guru menyoal pelajar tentang syarat wajib solat yang telah dipelajari pada
pembelajaran yang lepas


Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan syarat- syarat menjadi imam dan makmum


Guru mengulas syarat-syarat tersebut

Pelajar dapat menjawab pertanyaan guru dengan baik



Pelajar membaca slide yang dipaparkan




Pelajar mendengar ulasan  daripada guru


Merangsang proses mengingat semula



Slide


Guru mengaitkan maklumat baru dengan maklumat yang telah dipelajari


Langkah 3


Guru menayangkan gambar kedudukan Imam & Makmum

Guru membimbing pelajar untuk menjadi model sebagai Imam dan makmum

Guru menggunakan model kartun solat jemaah

Pelajar memerhati gambar tersebut dengan teliti

Pelajar mengikut arahan guru dengan baik


Pelajar mendengar dan melihat dengan teliti

Menyediakan isi pembelajaran :

Guru menyampaikan isi kandungan pengajaran menggunakan kaedah lakonan

Memberi Bimbingan :

Guru memberi panduan kepada pelajar bagaimana kedudukan imam dan makmum solat jemaah

Model BBM Solat berjemaah


Langkah 4


Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan

Guru memberi arahan supaya pelajar berada dalam kumpulan masing- masing.

Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap kumpulan



 Guru memberi arahan setiap kumpulan melakarkan kedudukan Imam dan Makmum


Guru memberi bimbingan dan komen kepada pelajar

Pelajar membentuk kumpulan


Setiap pelajar mengikut arahan guru dalam masa yang telah ditetapkan







Pelajar melakukan aktiviti berkumpulan mengikut masa yang ditentukan oleh guru


Hasil kerja yang telah siap dibentangkan di hadapan kelas





Membuat Pengukuhan :

Guru memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan segala penerangan yang diberi dengan menunjukkan prestasi mereka


Kertas A4


Penilaian terhadap penguasaan pelajar

Mengembangkan kemahiran pelajar

Penutup

Guru menerapkan nilai murni di akhir pembelajaran

Guru memberikan tugasan kepada pelajar

Guru memberi nasihat kepada pelajar agar apa yang dipelajari dijadikan iktibar dan menjadi contoh dalam amalan seharian






Pelajar mendengar arahan guru


Guru menyediakan lembaran kerja kepada pelajar


Mengekalkan dan mengembangkan pengetahuan pelajar

1 comment:

  1. salam..saya mohd nasir minta izin....cedok rph/bahan blog untuk buat assigment

    ReplyDelete