Search This Blog

Saturday, January 15, 2011

“TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN”

Sekadar Renungan............ 

“Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

“TANDA 40 HARI”

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

“TANDA 7 HARI”

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

“TANDA 3 HARI”
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

“TANDA 1 HARI”
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

“TANDA AKHIR”

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.”



kematian merupakan sesuatu yang pasti

Thursday, January 13, 2011

Mari Jawab teka-teki 2


Cuba jawab dahulu, kalo x dapt jwapan,boleh tengok jawapan kat bawah...


1) Lubang apa yang rasanya hangat,nikmat dan nyaman?

.2) Minyak apa yang disukai oleh lelaki?

3 ) Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?

4) Binatang apa yang power dlm bab berKarate?

5) Siapa yang menemukan dompet kulit?

6) Pintu apa yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

 7 ) Saya ada 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?

8) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?

9) Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

10) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?

11) Kenape lelaki jarang kena penyakit anjing gila?

12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?

13) Apa persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?

14) Tukang apa yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?

15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, apa bendanya?

16) Apakah persamaan antara kain jemuran dengan telefon?

17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

18) Gajah terbang dengan ape?

JAWAPAN

1: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

2: MINYAKsikan pertandingan bolasepak

3: Kuih salah bikin.

4 : Kuda belang.cuba kira brape black belt dia ada.

5: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan
kepada saya.

6: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

7: Pembohong...

8: Usus

9: Kutu rambut

10: Neneknye si katak

11: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

12: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

13: Dua-dua tak kenal korang...hehe

14: Tukang gali kubur

15: Tahi hidung

16: Dua-dua kalau dah ' kringgg' boleh diangkat...

17: Mestilah kena tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gila ape...

18: Dengan susah payah.....



Tuesday, January 4, 2011

Selangkah ke Alam Jin

kenapa perempuan melayu senang dirasuk??

AMARAN: JANGAN PANDANG BELAKANG

kes ini betul2 berlaku diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama Puteri. kebanyakan yang  dirasuk adalah perempuan melayu, dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar perempuan cina atau india. Di mana salahnya........

kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.





KES HISTERIA DI SEKOLAH KT BBB... ..MISTERI DI ASRAMA PUTERI TERJAWAB!

suatu hari, ada sorg ketua bomoh yg begitu berani hendak berjumpa sekumpulan jin yg berkeliaran di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di seklah itu. ketika smpai di sebuah bilik, ketua bomoh itu membaca sejenis mantera. selepas membaca mantera itu, ketua bomoh itu pun memanggil ketua jin itu. lalu ketua jin itu datang dengan menunujukkan rupanya yang begitu hodoh dan jijik. hinggakan ketua bomoh yg begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

hinggakan mayat reput pun lebih baek dri rupa ketua jin itu! tpi ketua bomoh itu tetap menguatkan semangatnya ,lalu si ketua bomoh bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun melihat sesuatu yang  amat menakutkan 

"kau rasuk pelajar di sini hah? jawab!! kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?!!"

dengan menarik nafas yang panjang, si ketua jin itu pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu tak Menawan, tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, tak Mungkin Aku Merasuk"

Sunday, January 2, 2011

Mari Jawab teka-teki....

Cuba jawab dahulu, kalo x dapt jwapan,boleh tengok jawapan kat bawah...


1. Kalau masuk kandang kambing mengembek, kalau masuk kandang harimau?

2. Apa dia: ayam di luar, ikan di dalam?

3. Ada seekor monyet dikejar seekor harimau. monyet ini memanjatlah satu pokok ni. bila dah sampai half-way, rupa-rupanya ada sekor ular sawa kat atas pokok tu. camana monyet tersebut ingin menyelamatkan dirinya?

4. Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah?


5. Buta apakah yang boleh nampak?


6. Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?

7. Banyak-banyak jenis ikan, ikan apakah yg selalu sakit perut?

8. Apa dia: bila kecik dia hitam, bila besar dia putih?

9. Banyak-banyak singa, singa apa yg tak makan daging?

10. Kenapa hidung lembu berair?

11. Burung apakah yang paling penyayang?

12. Kenderaan apakah yang paling tua di dunia ini?

13. Lembu apakah yang selalu dicari?

14. Kalau seorang, sendiri tahu. kalau berdua, dua-dua sama tahu. bertiga tiada siapa yang tahu kecuali orang yg buat. kalau berempat, lagi lah tak tahu .... apa dia?

15. Bom apa yang tidak pernah meletup?

16. Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?

17.Dalam banyak-banyak negara, negara manakah tidak boleh duduk?






Jawapannya ialah:

1. Mngucaplah dua kalimah syahadat sebelum kena ngap

2. Ikan sardin cap ayam

3. Tak payahlah korang pikir camana monyet tu nak selamatkan diri beliau, banyak lagi masalah korang kena pikir....betoi x??

4. Air hitam

5. Buta hati & buta perut

6. Ikan jadi banyaklah

7. Ikan kembung

8. Michael jackson

9. Singapura

10. Lembu tak tahu kesat hidung dengan tisu .... lagi satu, bau tuan dia ..hahahaha

11. Burung belatuk .... sebab dia bela atuk

12. Motosikal & basikal ..... sebab dia ada tongkat

13. Lembu yang hilang

14. Kentut

15. Bomba & kuih bom

16. Teksi

17. Negaraku





Cerita Ayam & Lembu



Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!


Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada 
juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. 
Hari-hari dia orang makan telor aku, macam mana aku nak dapat anak!


Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil aja!

Ayam : Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, 
hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!


Ayam : !!????? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


Semoga Terhibur.............





hahaaaaa