Search This Blog

Friday, December 24, 2010

Cerita Debat

Assalamualaikum wth....

x tau nak cerita camane, tp nak kena bgtaw jugak kat sume kawan2.. 
ana skali lg menyertai Debat Diraja pada 17 Dis - 22 Dis 2010 bertempat  di 
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Johor, macam KTHO la kot..
kategori Debat Bahasa Arab..

UKM hantar 2 pasukan utk Bahasa Arab
ana team B sbg pendebat ke 3 (Pembidas ) Rodd la...
aiseyyy...kome ni trpakse  teman tlis arab daa...
team B ni sume muka2 baru..terutamanya Hazeni n Azizul..huhu
natijahnya...tengok gambo ler kome...


P1




UKM B lwn UIAM A...
 kami jadi pembangkang
belum lawan dah tau kalah



P2



UKM B lwn UMP B
pembangkang jugak
kemenangan pertama..alhamdulillah

gaya seorang Rodd..رد الحجة



UMP B



P3 UKM B lwn UM B

P4 UKM B lwn UPM A

P5 UKM B lwn UTHM

ni sume xda gambo..so x leh nak bgtaw..



time lwn UPM
Kerajaan la pulak..


ap2 pun, team kami x layak ke suku akhir...
banyak kelemahan yg perlu diperbaiki....


Team UKM B





Akmal, Azizul, Hazeni n Zahir (simpanan)

x lupa ustaz Muslim n ustaz Khairul Zaman
yg banyak tolong kami



Team UKM


شكرا كثيرا على  حسن تعاونكم ومشارككم
اسفي على كل حال
ان شأء الله 
بالتوفيق والنجاح



Selesai Debat !!!









xda keje lain dah..
rehatkan minda dgn...
lawatan ke kilang kerepek merepek
maen bowling
amek gambo knangan


dah x larat nak citer...
kome citer la sndri...
ok....

Monday, December 13, 2010

مناظرة بالغة العربية


كلمة المقدمة
بسم الله العلي الأعلى ، نحمده سبحانه بأسمائه الحسنى وصفاته العليا ، ربنا ورب آبائنا من الأمم الأولى ، والصلات والسلام على نبينا المجتبى ، حبيبنا محمد المصطفى ، وعلى آله وصحبه ومن اهتدى .

أود أن أقدم لكم فائق الشكر لصاحب المعالي رءيس البرامان الكرام ،
هيئة التحكيم المحترمين ، ضابطة الوقت الأمينة ،
أصحابي الفريقين من صف الحكومة والمعارضة ،
أصحاب الحق والعدول ، ومشاهدنا الكرام....
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وقبل كل شيء ، أقدم لكم التعريف لعنواننا هذا ، حتى لاتسقط في حوض الغموض والإلتباس .
خاتمة
وبنأ على ذلك ، أأكد وأقول وأثبت على موضعنا مرة أخرى الا وهو......
وبهذه الحجة والبراهين والأدلة التي قد قدمنا قبل قليل ، أرجو منك يا سيد البرلمان  الكرام أن تقبل/ ترفض هذا المشروع قبولا / رفضا تاما .

Sunday, November 7, 2010

Aduhai 4 Orang Isteriku!

Bacaan Umum
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri.  Dia mencintai isteri yang  keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang  terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya  yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya.  Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang  sabar dan penuh pengertian.  Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang  merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya, namun pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika,  si pedagang  jatuh sakit.  Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punyai  empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali  mendapat masalah. Dan  kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku, aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yan g indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yan g menyambar.

Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang  berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu,  tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."


Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA  adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA  adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.  Namun,  sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari .

Selamat Beramal……….

Wednesday, November 3, 2010

Hanzalah: Yang Dimandikan Malaikat

Assalmualaikum sahabat2 dan tuan2 mulia.

Insya Allah...........Kisah Sahabat Rasulullah





Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh kerana itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali.  Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang.

Dia menuju ke medan  tempur tanpa sempat mandi junub. Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah  menyerang  dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub. maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam  sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan  di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat  mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun.  Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi  dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada  menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

subhanallah…
 

dipetik dari :halaqah.net

Thursday, October 28, 2010

Gambar Teknologi








Product Features:
Pen digital al-Quran. Boleh digunakan untuk menulis dan mendengar bacaan al-quran. Ia  dilengkapi dengan ear phone dan boleh dicas semula.
- Al-Qur’an Audio
- Retractable Ballpoint Pen
- Model PQ120: Surah Ya-Seen, Ar-Rehman, Al-Kafiroon, Al-Ikhlas, Al-Falaq
- Model PQ121: Telawah of Last 30 Surahs of Qur’an
- Voice of Sheikh Suddais (Imam Mecca)
- Play/Pause/Stop/Repeat Option
- Beautiful Metallic Casing
- Use Two AG13 Button Cell Batteries
- 4 Battery Cells Included
- In-Line Volume Control Dial
- Quality Stereo Earphone
- Gift Packing Box
DIGITAL TASBIH




Tasbih digital yang dapat mengira hingga 999.999 kali kali. Sangat ringan dah mudah dibawa ke mana-mana. Bersaiz 6cm.




Handphone Islamik Al Quran












KANDUNGAN PERISIAN:

•Al-Quran Digital Lengkap 114 Surah Bacaan Sheikh Saad AI-Ghamidi. Teks Warna Rasam Othmani. Teks Terjemahan Bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, China dan 20 bahasa lain.
•11 Kitab Hadith Matan Arab - Terjemahan Sahih Muslim (Indonesia). Terjemahan AI-Bayan (Melayu). Terjemahan Riyadhus-Solihin (Inggeris & China).
Tafsir Al-Jaialain (Arab, Inggeris & Indonesia)
•Waktu Solat, Azan & Qiblat.

Ciri-ciri Telefon:
• Dual Band GSM 900 DCS 1800
• 2 Kad Sim Aktif
• Skrin Sentuh 2.2" TFT LCD 262K Warna
• Kamera 1.3 Mega Pixel & Perakam Video
• SMS, MMS, GPRS dan Internet
• Memori Eksternal T-Flash 2 GB
• MP3 & MP4
• Radio FM
• Bluetooth

Al- Quran Digital




Katalog Produk: Enmac Type504
Negara Asal:
Hong Kong SAR
Harga:
Rp. 585.000 (s/d 150 Jan 2008)
Cara Pembayaran:
Transfer Bank (T/T)
Jumlah:
Terbatas
Kemas & Pengiriman:
Beautiful Gift Box
Keterangan:
* Teks dan Suara Al-Qur' an Lengkap ( suara Syaikh As-Sudais, Imam Masjidil Haram, Makkah) 
* Terjemahan Al-Qur' an dalam 7 Bahasa ( Inggris, Urdu, Prancis, Turki, Jeman, Melayu dan Indonesia)
 
* Waktu Solat dan arah Kiblat untuk Semua Kota Besar di Seluruh Dunia, dilengkapi dengan Alarm Azan yang akan menyala secara automatik walaupun dalam ketika dimatikan.
* Asmaul Husna ( Gambar dan Suara)
 
* Tafsir Ibnu Katsir ( dalam Bahasa Arab)
 
* Riyadus Shalihin Lengkap ( Kumpulan-kumpulan Hadits, karya Iman An-Nawawi)
 
* Nombor surat dan Ayat akan disimpan Meskipun setelah dimatikan
* Perekam Suara ( Durasi 10 menit)
 
* Doa Tamat ( khatam) Al-Qur' an ( suara Syaikh As- Sudais)
 
* Jam dengan Alarm
* Kualiti Suara Terbaik
* Dilengkapi Pengeras Suara dengan Watt yang tinggi
* Dilengkapi Bateri yang boleh diisi semula dan Tahan Lama ( Dengan Kekuatan Batery Charger NokiaTipe BL4C Hingga 8 Jam, boleh di cas di kendaraan DaN jika Bateri Rosak boleh di beli semula bateri tersebut.
* Lampu Latar untuk Penggunaan dimalam Hari.
* Boks ekslusif dilengkapi dengan Charger, Alat Pendengar Telinga ( Earphone) , kompas kiblat, dan buku manual.




Al Quran Digital dgn media player(mp4 & mp3)




Keterangan:

Versi terbaru ini, Quran Digital dilengkapi oleh Tafsir Al Jalalain dan Riyadhus Solihin dalam teks Arab dan Inggris.
Memuat Al Qur’an lengkap (114 surat atau 6.236 ayat) dan dapat Sertifikat Al Azhar Mesir
AV Player (MP3, WMA, Video) - Untuk menyimpan lagu-lagu rohani Islam atau video untuk dinikmati. Download audio dan video klip, dan menggunakan software, dan dapat menggunakan koneksi USB untuk mentransfer data dari PC ke player Anda!
FM Radio
alat perakam (recording)
Sarana Picture - Untuk me-manage foto album.
Settings - 9 bahasa terjemahan, setting azan, 3D sound effects, dan lainnya.
Qualiti terbaik , mudah mencari surat serta ayat
Layar LCD lebar dengan tampilan dalam Bahasa Arab, Indonesia dan Inggris
Hadith Qudsi (koleksi Hadith) - Auto scroll dalam bahasa Inggris dan Arab
Tafsir Al Jalalain dalam teks Arab dan Inggris auto scroll
Asbab an Nuzul (hanya dalam bahasa Arab)
Built-in Speaker
Memiliki lampu penerang pada layar
Dilengkapi jack untuk DC Adaptor
Memiliki 3 tingkat kecepatan lantunan
Teks Qur’an dengan Huruf Utsmani yang telah mendapat Lisensi dari Harf Information Technology.
Terjemahan Bahasa Indonesia dari Depatmen Agama Rep. Indonesia dan Inggris oleh Mohsen Khan.
Dilantunkan oleh : Shaikh Abdul Rahman Al- Sudais , Shaikh Saoud Al-Shuraim, plus Shaikh Ali Abdur Rahman al-Hudhaifi dan Ghomidi (three in one).
SPESIFIKASI
Ukuran : 91 x 52.5 x 11 mm
Display : Vivid OLED LDC (full color)
Berat : 58 grams (2 ounces)
Earphone : 5mW (frequency : 20Hz ~ 20KHz).
SD / MMC Card slot
Bateri : Rechargeable.







Friday, October 22, 2010

Model bahan bantu mengajar bukan elektronik (Pendidikan Islam)

Assalamualaikum wth..

Ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan model BBM bukan elektronik yang talah saya cipta. Model ini sesuai digunakan untuk mengajar tajuk  yang berkaitan dengan solat seperti solat jenazah, solat berjemaah, kedudukan imam dan makmum dan jarak antara saf di dalam solat. Setelah guru mengajar secara teori, guru boleh menggunakan BBM ini sebagai bahan amali kepada pelajar.


Bahan yang diperlukan utk membuat model ini seperti kotak, batang lidi, gam, gambar kartun solat. Inilah hasil kreativiti saya.


        Model yang terlibat 



Solat jemaah 





Solat jenazah




Pandangan atas



Pandangan belakang



Pandangan hadapan




Pandangan sisi













Kedudukan imam dan makmum


Jarak antara saf



Model-model tersebut boleh diubah kedudukannya mengikut kesesuaian tajuk yang diajar oleh guru.

Semoga kita beroleh manfaat daripada apa yang telah dipelajari.

Terima kasih kepada Mejar Jasmy atas segala tunjuk ajar dan panduan yang telah diberikan...tidak lupa buat rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi sokongan.

Sekian wassalam


Saturday, September 25, 2010

10 Perkara yang Tidak Bermanfaat dan Sia-sia

Assalamualikum wth...........







rumah prancis,berjendela kaca
salam manis buat pembaca

Ibnu Qayyim Al Jauziyah mengatakan bahwa ada sepuluh hal yang tidak bermanfaat.
Pertama: memiliki ilmu namun tidak diamalkan.

Kedua: beramal namun tidak ikhlas dan tidak mengikuti tuntunan nabi S.A.W.

Ketiga: memiliki harta namun enggan untuk menginfaqkan. Harta tersebut tidak digunakan untuk hal yang bermanfaat di dunia dan juga tidak diutamakan untuk kepentingan akhirat.

Keempat: hati yang kosong dari cinta dan rindu pada Allah.

Kelima: badan yang lalai dari taat dan mengabdi pada Allah.

Keenam: cinta yang di dalamnya tidak ada redha dari yang dicintai dan cinta yang tidak mau patuh pada perintah-Nya.

Ketujuh: waktu yang tidak diisi dengan kebaikan dan pendekatan diri pada Allah.

Kelapan: fikiran yang selalu berputar pada hal yang tidak bermanfaat.

Kesembilan: pekerjaan yang tidak membuatmu semakin mengabdi pada Allah dan juga tidak memperbaiki urusan duniamu.

Kesepuluh: rasa takut dan rasa harap pada makhluk yang dia sendiri berada pada genggaman Allah. Makhluk tersebut tidak dapat melepaskan bahaya dan mendatangkan manfaat pada dirinya, juga tidak dapat menghidupkan dan mematikan serta tidak dapat menghidupkan yang sudah mati.

Itulah sepuluh hal yang melalaikan dan sia-sia. Di antara sepuluh hal tersebut yang paling berbahaya dan merupakan asal  segala macam kelalaian adalah dua hal yaitu: hati yang selalu lalai dan waktu yang disia-siakan.





Hati yang lalai akan membuat seseorang mengutamakan dunia daripada akhirat, sehingga dia cenderung mengikuti hawa nafsu. Sedangkan menyia-nyiakan waktu akan membuat seseorang panjang angan-angan.

Padahal segala macam kerosakan terkumpul karena mengikuti hawa nafsu dan panjang angan-angan. Sedangkan segala macam kebaikan ada kerana mengikuti al huda (petunjuk) dan selalu menyiapkan diri untuk berjumpa dengan Rabb semesta alam.

Semoga kita selalu mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.
Ingatan untuk diri sendiri dan para pembaca......................